
• Sentiasa berhati-hati ketika
memindahkan perkakas kerana
perkakas ini berat. Sentiasa gunakan
sarung tangan keselamatan dan kasut
yang bertutup.
2.2 Sambungan elektrik
AMARAN
Risiko berhadapan
kebakaran dan mengalami
kejutan elektrik.
• Perkakas perlu dibumikan.
• Pastikan bahawa parameter pada plat
rating adalah serasi dengan rating
elektrik bekalan kuasa sesalur.
• Sentiasa gunakan soket kalis kejutan
yang dipasang dengan betul.
• Jangan gunakan penyesuai dan kabel
sambungan berbilang palam.
• Pastikan agar tidak menyebabkan
kerosakan pada palam sesalur dan
kabel sesalur. Sekiranya kabel
sesalur kuasa utama perlu digantikan,
ia perlu dilakukan oleh Pusat Servis
Sah kami.
• Sambungkan palam sesalur pada
soket sesalur hanya pada penghujung
pemasangan. Pastikan bahawa
terdapat akses kepada palam sesalur
selepas pemasangan.
• Jangan tarik kabel sesalur untuk
memutuskan sambungan perkakas.
Sentiasa tarik palam sesalur.
• Perkakas ini mematuhi Arahan E.E.C.
• UK dan Ireland sahaja. Perkakas ini
dipasang dengan palam sesalur 13 A.
Jika perlu untuk menukar fius palam
sesalur, gunakan hanya fius ASTA
(BS 1362) 13 A.
2.3 Sambungan air
• Jangan mendatangkan kerosakan
pada hos air.
• Sebelum penyambungan ke paip
baharu, paip tidak digunakan bagi
tempoh yang lama, apabila kerja
pembaikan telah dijalankan atau alat
baharu telah dipasang 9meter air,
dsb.), biarkan air mengalir sehingga
air itu benar-benar bersih dan jernih.
• Pastikan tiada air yang jelas bocor
semasa dan selepas penggunaan
pertama perkakas tersebut.
• Hos salur masuk air mempunyai injap
keselamatan dan sarung dengan
kabel sesalur dalam.
AMARAN
Voltan berbahaya.
• Jika hos salur masuk air rosak segera
tutup pili air dan cabut palam sesalur
dari soket sesalur. Hubungi Pusat
Servis Sah untuk menggantikan hos
salur masuk air.
2.4 Penggunaan
• Jangan duduk atau berdiri di atas
pintu yang terbuka.
• Detergen mesin basuh pinggan
mangkuk adalah berbahaya. Patuhi
arahan keselamatan pada
pembungkusan detergen.
• Jangan minum dan bermain dengan
air di dalam perkakas.
• Jangan keluarkan pinggan mangkuk
dari perkakas hingga program itu
telah selesai. Mungkin terdapat sedikit
detergen yang tertinggal pada
pinggan mangkuk.
• Perkakas boleh mengeluarkan wap
panas jika anda membuka pintu
semasa program sedang beroperasi.
• Jangan letakkan produk mudah
terbakar atau item yang basah
dengan produk yang mudah terbakar
di dalam, berhampiran atau di atas
perkakas.
2.5 Servis
• Untuk membaiki perkakas, hubungi
Pusat Servis Sah.
• Gunakan bahagian ganti asal sahaja.
5
Komentarze do niniejszej Instrukcji