Electrolux EDV7051 Instrukcja Użytkownika Strona 23

  • Pobierz
  • Dodaj do moich podręczników
  • Drukuj
  • Strona
    / 28
  • Spis treści
  • BOOKMARKI
  • Oceniono. / 5. Na podstawie oceny klientów
Przeglądanie stron 22
MELAYU 23
6 58 104 3 2 7 19
Program Sensor Program Pemilihan Masa
Butang Hidup/Padam (On/Off)
Butang ini digunakan untuk menghidupkan mesin.
Selepas selesai menggunakan mesin, tekan butang
‘Off’ untuk memadamkannya.
Butang Program
Butang ini digunakan untuk memilih program yang
dikehendaki iaitu:
Apabila program baru dipilih semasa pengering
sedang beroperasi, proses pengeringan akan
diteruskan menggunakan tetapan program baru
tersebut.
Nota: Apabila tetapan suhu adalah pada Airing,
mana-mana program Sensor tidak akan dapat
dipilih.
LED Peringatan Untuk Membersihkan Penapis
LED akan menyala pada penghujung program.
Ia direka bentuk untuk memberi peringatan kepada
anda untuk membersihkan penapis lin selepas setiap
kali anda menggunakan mesin.
Kunci Kanak-Kanak (Child Lock)
Pilihan kunci kanak-kanak digunakan untuk
mengelakkan tetapan diubah selepas program
beroperasi.
Ia tidak memberi kesan kepada suis On/Off.
Nota: Tetapan Airing tidak dapat digunakan jika
salah satu program Sensor telah dipilih.
Program Sensor:
Extra Dry, Normal Dry dan Iron Dry
Program Pemilihan Masa:
90 minit, 60 minit dan 30 minit.
Masa putaran hidup/padam pemanas adalah
berbeza-beza mengikut tetapan program yang
dipilih, suhu keadaan dan sebagainya. Jika
menggunakan tetapan Airing, pemanas tidak akan
berfungsi langsung. Tetapan baru boleh dipilih
apabila pengering sedang beroperasi dan proses
pengeringan akan diteruskan menggunakan tetapan
baru tersebut.
Butang Mula/Berhenti Sebentar (Start/Pause)
Butang ini membolehkan anda memulakan atau
menghentikan mesin pengering sebentar dan
memeriksa kandungannya atau menambah pakaian
ke dalamnya.
Butang Tangguh (Delay)
Butang ini membolehkan anda memulakan operasi
mesin selepas beberapa jam mengikut masa yang
ditetapkan iaitu sama ada 3, 6 atau 9 jam.
Untuk membatalkannya, tekan butang Start/Pause
untuk mode Pause dan tukar semula ketetapan masa
yang anda kehendaki.
Butang Pilihan (Option)
Butang ini membolehkan anda memilih Bebas Renyuk
(Crease Free).
Crease Free: Ciri ini direka bentuk untuk menghalang
pakaian daripada merenyuk selepas kitaran pengerin-
gan normal diselesaikan. Dram mesin akan berputar 5
saat setiap minit dan berterusan selama 3 jam. Ini
adalah berguna sekiranya anda tidak berkesempatan
untuk mengeluarkan pakaian dengan serta-merta.
Butang Suhu (Temperature)
Ia digunakan untuk memilih tiga tetapan suhu iaitu
Normal, Delicates atau Airing.
Tetapan Delicates akan menyebabkan pemanas
berputar kurang daripada tetapan Normal.
Nota: Mesin tidak akan bermula jika butang pintu
keselamatan tidak ditekan. Jika butang
keselamatan tidak ditekan pada suis pintu, amaran
akan dibunyikan (6 kali bunyi “bip”)
Nota: Pastikan anda menetapkan program yang
dikehendaki sebelum menetapkan masa tangguh.
Penggunaan
PANEL KAWALAN
Przeglądanie stron 22
1 2 ... 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

Komentarze do niniejszej Instrukcji

Brak uwag